.:: CLICK FOR SUPPORT. TQ ::.

Saturday 8 January 2011

Masalah Dengkuran dan Pencegahannya


Dianggarkan 1:3 orang dewasa berdengkur. Dengkuran adalah bunyi yang terhasil daripada aliran udara ke atas tisu dalam kerongkong yang sedang berehat. Ia menyebabkan tisu tadi bergetar dan menghasilkan banyi nafas yang kuat dan kasar.

Dengkuran adalah normal dan ianya banyak dikesan pada golongan lelaki berbanding wanita. Dalam kajian Synovate Omnibus, 62 peratus mereka yang sudah berkahwin tidak lagi berdengkur (mungkin 62 peratus ni dah berjaya dapat bantal peluk istimewa dan mungkin lagi 38 peratus masih gagal dapat bantal peluk istimewa. hihi)

**kalau korang belum berkahwin dan kuat berdengkur tu, cepat2 la kahwin ye. hehe


Langkah - Langkah Pencegahan Dengkur

1) Gunakan bantal yang lebih
Pastikan kepala pada kedudukan lebih tinggi sedikit daripada badan ketika baring. Cara ini untuk memudahkan saluran pernafasan dan mengelakkan saluran tekak korang daripada tersekat yang menjadi punca berdengkur.

2) Bahan pendingin
bagi melancarkan pernafasan ketika tidur dan mengurangkan dengkuran. Korang boleh gunakan vicks, tea tree oil (aku syorkan jenama Aiken) sebelum tidur. sapukan pada bahagian hidung, leher dan dada sebelum tidur untuk melancarkan pernafasan.

3) Nasal strips
Benda ni berfungsi untuk membuka saluran hidung dan dapat memberikan aliran udara yang lebih baik. Jadi kalau korang ade selsema atau batuk elok gunakan nasal strip ni.

4) Posisi tidur dalam keadaan mengereng
Apitkan bantal pada bahagian belakang dan depan badan korang untuk keselesaan. Cara ni dapat elakkan korang tidur terlentang atau meniarap dan mengelakkan dengkuran.

5) Buat senaman otot-otot kerongkong dan rahang
Pernafasan akan menjadi lebih mudah jika otot-otot leher, kerongkong dan rahang sentiasa dalam keadaan baik. Amalkan menarik nafas panjang bagi melapangkan laluan pernafasan dan ini boleh mengurangkan risiko ia tersumbat semasa korang sedang tidur.

6) Berurut
Rehat yang secukupnya perlu untuk mengendurkan otot-otot tubuh yang tegang. Kaedah urutan dapat membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yang mungkin menjadi penyebab dengkuran. Kalau nak dapatkan khidmat urut, carilah tempat urut yang sesuai ye.

7) Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur
Alahan boleh mencetuskan dan menjadi penyebab kepada dengkuran dan menimbulkan kesukaran untuk bernafas. Pastikan cadar dan selimut bersih daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara (beli yang jenama Sharp ade plasma cluster) sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.

8) Tidur menggunakan bantal peluk
Postur tidur yang selesa dan betul akan membuatkan tulang belakang berada pada kedudukan yang betul. Cara ini juga akan mengurangkan halangan pada saluran ke paru-paru dan nasal. Tidur mengiring dengan meletakkan bantal peluk mampu membantu mengekalkan posisi tidur yang sihat. Kalau yang dah berkahwin tu boleh peluk bini ganti bantal peluk.

9) Pastikan jika anda alah pada sesuatu jenis makanan
Alahan pada makanan juga boleh menjadi punca halangan pada kerongkong dan saluran nasal. Pastikan alahan makanan korang dan kurangkan pengambilan makanan tersebut

10) Amalkan teknik menarik nafas dalam-dalam
Meditasi merupakan latihan pernafasan yang bukan sahaja dapat membantu menghentikan dengkuran tetapi korang akan berasa relaks dan lebih fokus. latihan pernafasan ini dapat membantu korang bernafas dengan betul semasa tidur.

11) Buat pemeriksaan tonsil
Satu daripada masalah atau halangan kerongkong ialah tonsil yang terlalu besar. Jika anda mempunyai situasi dengkur yang teruk, Jumpalah pakar dan buat pemeriksaan jika tonsil bengkak atau terlalu besar. Pembedahan boleh dilakukan bagi membuang tonsil tersebut.

12) Kurangkan berat badan
Bagi mereka yang gemuk, sebaiknya turunkan berat badan supaya lemak yang terkumpul di sekitar kerongkong dapat dihindari. Cara ini dapat membantu mengatasi masalah dengkuran.

Sumber 

Tips jika diganggu orang yang tidur berdengkur

1. Tolakkan badan orang yang berdengkur tu (pelan2 jangan sampai orang tu terjaga)

2. Tutup telinga dengan earphone. Tak pun guna earphone sambil dengar lagu2 nasyid. Buka volume sampai hilang bunyi dengkur.

Kalau masih gagal....

1. Tarik rambut ke bantal orang yang berdengkur tu.

2. Picit hidung orang yang berdengkur tu (aku pernah amalkan teknik ni, agak berkesan juga. hehe)



aku harap selepas korang baca semua langkah2 ni. Jangan lupa sebelum tidur tu berdoalah moga malam korang tak lagi berdengkur dan orang2 disekeliling korang tak dihantui dan diselubungi dengan dengkuran korang. hahaha

p/s: kalau dah dapat tidur nyenyak tanpa dengkuran tu jangan sampai tinggal solat khususnya solat subuh ye!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This blog may contain articles and pictures from other websites. If you notice any articles or pictures are under copyright, please inform me. The articles and pictures will be removed immediately. TQ