.:: CLICK FOR SUPPORT. TQ ::.

Tuesday 27 November 2012

Kuih Seri Muka


KUIH SERI MUKA


Bahagian bawah

·         275gm pulut (direndam semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam)
·         195 ml pati santan (untuk kastard)
·         ½ sudu garam
·         1 helai daun pandan

Bahagian atas
·         3 biji telur
·         170 gm gula pasir
·         1 sudu air daun pandan
·         195 gm pati santan

Cara-Cara
1.   Sediakan pengukus; Masak air sekitar 3/4 periuk kukus dan satu cerek lagi untuk air tambah.
2. Sediakan pulut untuk bahagian bawah kuih; Tus pulut yang telah direndam  dan kukus bersama dengan daun pandan yang telah disimpulkan, garam dan santan dalam dulang pengukus hingga masak.
3.   Pukul telur dan gula pasir.
4.   Masukkan air, daun pandan dan pati santan. Kacau supaya sebati.
5.   Tekan pulut dengan daun pisang hingga licin. Kukus selama 5 minit.
6.   Masakkan bahagian atas; Kacau campuran telur rata-rata dan tuang ke atas pulut.
7.  Kukus lagi selama 15-20 minit hingga adunan pejal. Lap wap dari tudung pengukus supaya kepala kulit itu tidak beralur.
8.   Keluarkan daripada pengukus. Sejukkan dalam dulang yang berisi air.
9.   Potong dalam serong wajik dan hidang dalam pinggan kuih beralas daun pisang.

OK selamat mencuba ye! hehe


p/s: Ade sesape tahu sebab ape kuih ni dinamakan kuih seri muka? adakah dengan memakan kuih ni akan menambah seri muka? hehe. Kalau waktu pagi atau petang dapat merasa kuih ni sedap juga. Masa zaman aku kecik dulu, mak aku rajin buat kuih ni. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This blog may contain articles and pictures from other websites. If you notice any articles or pictures are under copyright, please inform me. The articles and pictures will be removed immediately. TQ