.:: CLICK FOR SUPPORT. TQ ::.

Friday 15 April 2011

Akuarium Kreatif

Hobi membela ikan dalam akuarium, salah satu hobi yang sangat menarik. Kalau ada yang berotak bisnes, daripada hobi membela ikan dalam akuarium boleh jadi sumber menjana pendapatan. Contoh beli satu akuarium besar sikit, kemudian ternak ikan2 kecil yang mahsyur di pasaran ikan, pastu korang cuba jual. InsyaAllah, boleh laku tu kalau ade rezeki la. hehe 

Kalau dah beli akuarium tu beli la sekali dengan pump oksigennya janganlah biarkan ikan anda hidup diselubungi najisnya sendiri. Ingat ye akuarium tu bukan tangki septik. hehe. Cuba la korang bayangkan, kalau korang sebagai anak ikan (bukan yang ehem2 tu ye) mesti korang rasa jijik kan? macam tu la ikan. Jadi sayangilah ikan anda. hehe

Kalau korang berotak boombastic! akuarium ikan ini boleh dijadikan alternatif kepada perhiasan didalam rumah atau senang ceritanya boleh menaikkan seri rumah supaya nampak lebih berseri. hehe 

Disini saya ingin berkongsi contoh akuarium-akuarium kreatif yang saya dapat daripada mailbox saya, mungkin korang yang berminat boleh cuba idea ini untuk diaplikasikan di rumah atau di mana sahaja yang sesuai ye. Jom zoom! gambar-gambar dibawah ini. hehe   

Kalau akuarium macam ni, ikan bole bergerak bebas tak la bosan lepak 1 tempat je. tapi mane lubang udaranye ye? hehe

Akuarium yang tersangat kreatif+pelik. Nasib yang ni cuma perhiasan je. Kalau betul ade akuarium mangkuk tandas yang sedemikian ropernye, nampak menarik juga ye. Cuba korang bayangkan. haha
Menarik, sesuai untuk letak kat meja study sebab ade jam, bekas pensel, dan paip?bagusnya korang sambil study tu boleh layan ikan dalam akuarium ni hilang sikit tensionnye ye? tapi takut kang daripada niat nak study kelain pulak fokusnye dah konfius jadinya. haha. 

Akuarium singki, nampak menarik juga, sambil basuh tangan bole layan ikan. hehe

Kalau buat Akuarium pintu gerbang kat rumah aku, nampak menarik! dah x payah pergi Akuaria KLCC. hehe

 
fuh! mantap la kalu ade akuarium sebesar ni kat rumah aku. hehe

Akuarium ni nampak menarik, boleh ganti potret didinding dan boleh juga dijadikan sebagai TV di rumah. haha

hurm. kreatif tapi kurang sesuai akuarium ni diletakkan dibawah. huhu

p/s: kalau korang sangat berminat menghiasi kediaman dengan akuarium sedemikian rupa sebagaimana gambar-gambar diatas, jadi wang bukanlah satu alasan! haha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This blog may contain articles and pictures from other websites. If you notice any articles or pictures are under copyright, please inform me. The articles and pictures will be removed immediately. TQ