.:: CLICK FOR SUPPORT. TQ ::.

Tuesday 1 January 2013

Permohonan Online Rebat RM200 Telefon Pintar 3G Mulai 1 Januari 2013




Belia yang berusia antara 21 hingga 30 tahun boleh mula memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan, 1 Januari 2013.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Shahril Tarmizi, berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian pada pautan - http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan 'siapa cepat dia dapat' dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.

Beliau juga berkata, belia yang layak menikmati rebat RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik penyedia perkhidmatan.

Difahamkan, jenis-jenis telefon pintar 3G yang boleh didapati adalah seperti berikut (belum dipastikan lagi) :

1. Alcatel One Touch Inspire 2
2. The Buzz Phone
3. HTC Wildfire
4. Huawei Ideos X3
5. LG Optimus L3
6. Ninetology Black Pearl II
7. Ninetology Palette
8. Nokia 2730
9. Nokia 7230
10. Nokia Asha 305
11. Nokia Asha 308
12. Nokia C2-03
13. Nokia Lumia 610
14. Samsung Galaxy Chat
15. Samsung Galaxy Mini
16. Samsung Galaxy Pocket
17. Samsung Galaxy Y
18. Sony Xperia Tipo
19. ZTE Acqua
20. ZTE V790

Sebarang maklumat yang berkaitan dengan syarat kelayakan, boleh disemakan pada pautan ini - SOALAN LAZIM PERMOHONAN REBAT RM200

sumber: http://speakerpecah.blogspot.com/2012/12/permohonan-online-rebat-rm200-telefon.html

p/s: Pada pendapat aku, daripada 20 smartphone yang bawah RM500 ni, paling berbaloi beli Sony Xperia Tipo. hehe. Korang pulak rasanya smartphone mana paling berbaloi? hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This blog may contain articles and pictures from other websites. If you notice any articles or pictures are under copyright, please inform me. The articles and pictures will be removed immediately. TQ