.:: CLICK FOR SUPPORT. TQ ::.

Friday 4 January 2013

Review: Dorayaki

Dorayaki adalah sejenis kuih tradisional Jepun, yang bentuknya bundar, sedikit tembam. Kuih ini terdiri daripada dua lapis kuih yang dilekatkan dengan mentega kacang merah. Dorayaki memiliki tekstur yang lembut dan menyerupai dengan kuih Jepun yang disebut Kastela kerana adunan yang mengandungi madu.

Di Malaysia, kuih ini diperkenalkan seiring dengan pengenalan anime Doraemon yang menyukai kuih dorayaki. Di Negara ini, kuih Dorayaki dijual mengikut selera tempatan seperti Dorayaki berisi coklat dan kaya. Kuih Dorayaki juga dikenali dengan sebutan Obanyaki.

Di Jepun, Obanyaki lebih dikenali dengan nama Imagawayaki. Walaupun Obanyaki mempunyai bentuk yang sama dengan Dorayaki. Kuih Obanyaki lebih tebal dibandingkan dengan Dorayaki. Obanyaki juga biasanya dipanggang di hadapan pembeli sedangkan Dorayaki sudah dipanggang sebelumnya dan dijual dalam bungkusan.

Pada mulanya, Dorayaki hanya terdiri daripada satu lapis kuih bundar dengan pinggir yang dilipat sedikit hingga berbentuk segi empat. Di bahagian tengah kuih diberi salutan mentega kacang yang disebut azuki. Pada tahun 1914, Dorayaki yang terdiri dari dua lapis diperkenalkan oleh perusahaan Usagiya dengan menggunakan adunan yang mirip adunan Kastela. Dorayaki yang terdiri daripada dua lapis kuih dan berbentuk bundar kemudian menjadi popular di seluruh Jepun.

Menurut cerita yang dipercayai, kuih ini dinamakan Dorayaki kerana bentuknya yang menyerupai gong (bahasa Jepun: dora). Menurut cerita lain, pendekar bernama Saito Musashibo Benkei adalah orang yang mencipta kuih Dorayaki. Benkei menderita luka dan harus dirawat di rumah penduduk. Setelah sembuh, Benkei memanggang adunan dari campuran air dan tepung gandum di atas gong. Hasilnya berupa kuih bundar berisi mentega kacang dan kemudian diberikan kepada orang yang merawatnya sebagai ucapan terima kasih. Masih ada beberapa cerita lain tentang asal-usul Dorayaki sehingga sukar dipastikan yang mana paling benar.

Contoh gambar Kuih Dorayaki di Jepun

Untuk Maklumat Lanjut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Dorayaki

Korang yang berminat nak cuba resepi Dorayaki ala Malaysia boleh klik link ni: http://kamtusi.blogspot.com/2013/01/dorayaki.html

p/s: Bagus betul cara Jepun mempromosikan budaya (makanan) mereka melalui anime Doraemon pada dunia. Alangkah bagusnya, kalau Malaysia dapat mencontohi cara Jepun, mungkin melalui anime Upin dan Ipin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This blog may contain articles and pictures from other websites. If you notice any articles or pictures are under copyright, please inform me. The articles and pictures will be removed immediately. TQ