Pengumuman! Sony Mobile telah melancarkan smartphone baru yang diberi nama Xperia Tipo. Smartphone ni telah selamat dilancarkan di Malaysia dengan harga RM499.00 sahaja. Kalau korang sekali dengar nama smartphone ni macam Xperia Tipu kan? tapi yang ini betul2 smartphone bukan tipu punyer ye, memang sah kewujudannya bukan kabor angin. haha. Kalau korang berminat nak tahu sebab ape namanya Xperia Tipo boleh tanya Cendiakawan2 Google. hehe. Smartphone ni sesuai dimiliki khususnya mereka2 yang baru 1st time menggunakan smartphone atau mereka yang masih tercari2 smartphone bajet.
Xperia Tipo ni didatangkan dengan 3 warna pilihan yang mempersonakan iaitu classic white, deep red dan navy blue. hehe. Ciri-ciri ringkas Smartphone Xperia Tipo:
- Android v4.0.3
- 3.2” scratch-resistant mineral glass display
- Single SIM
- 3.2MP Camera
- Bluetooth
- Wifi
Apa yang aku pasti, kekurangan smartphone ni, cuma tiada kamera depan dan kamera belakang tiada flash, rasanya tu tak jadi masalah kecualilah kalau korang memang suka bergambo. Jadi buatlah pilihan dengan bijak ye. hehe
Satu lagi, sempena promosi rebat RM200 untuk belia negara ni (limit smartphone yang berharga RM500 ke bawah sahaja) elok benarlah gunakan duit rebat tu, kalau korang berminat nak beli Xperia Tipo ni.
Untuk maklumat lanjut pasal rebat RM200 tu, bole serang website ni. hehe
Kalau korang berminat dan nak tahu lebih lanjut lagi atau nak bandingkan dengan smartphone lain yang lebih kurang sama nilainya dengan smartphone ni boleh berkunjung ke website ni.
Untuk maklumat lebih lanjut pasal smartphone ni bole berkunjung website ni
No comments:
Post a Comment